Thursday, September 16, 2010

Syawal yang sangat bermakna di Auckland: 2010

Happy Eid Nazatul ! Wish daripada supervisor sempena hari raya..

Semalam pulak, "when is hari raya Nazatul"..group member yang lain tanya..

Sejak supervisor dan groupnya ada projek dengan Petronas, makin mereka tahu tentang orang Malaysia..Alhamdulillah..



Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana melahirkan rasa gembira di hati2 kita di hari raya :). Syawal 2010 ini dirasakan sangat meriah..

Mungkin kerana last raya di perantauan?

Mungkin kerana Nadhirah ikut sekali solat raya?

Tapi hakikatnya apa yang didambakan:

TaqabbalaLlah minna wa minka



Jarak masa post terbaru sempena raya ni gan lama agak jauh gak..Banyak yang dah berlaku..



Mak gan adikku2 datang masa Jun...best best! Gi jalan2..tapi yang paling best, tgk muka mak pun dah cukup best :)



Naik Royal Brunei masa balik Msia (Auckland-Brunei-Kuala Lumpur)...mencabar sbb ada transit tu...

Kali ini, sejak baca blog Zaharuddin.net, rasa perlu cari cara2 nak solat dgn kapal terbang dgn lebih tepat..dulu main2 agak2 je bila masuk waktu solat. Sekarang ni, kenalpasti bila waktu solat berdasarkan waktu solat tempat yang dilalui kapal terbang. Check awal2 sblm naik kapal terbang lagi. Bestnya royal brunei ada tunjuk arah kiblat, lagi senang. Lagi best, bila balik time puasa hari tu, pramugari tanya, nak sahur tak? Nanti dia sediakan makanan. Jadi hari tu, kami bersahur ikut waktu Australia sbb masa tu kapal lalu Australia. Dan disebabkan kiblat arah belakang tempat duduk, kami solat kat tempat solat. Selesa jugak..pramugari tu siap bentangkan kain selimut yang baru jadi sejadah. Pengalaman pertama naik Royal Brunei. Alhamdullillah, makin terasa betapa hebatnya kerajaan Allah di langit dan dibumi ketika sujud di dalam kapal terbang, apatah lagi ketika itu berada di bulan mulia, bulan Ramadhan.





July, pergi Singapore dgn bawak kereta, satu pengalaman baru ni...bukan mudah drive sendiri ke Singapore rupanya..Tapi berbaloi sbb conference tu (PSE ASIA 2010) memang sgt2 best. Rasa first time pulak pergi conference yang dipenuhi orang2 expert..dan ditanya soalan oleh orang2 expert ni ketika presentation...:)





Sempat puasa seminggu kat Msia..Pelikla, bila kat Msia tak rasa sgt nak beli makanan kat pasar ramadhan ke..restoran ke..Mungkin masakan mak dan mami telah cukup memenuhi selera makan..Yummy





Phd?........

Tgh apply extension..

Kali ini dpt tgk comment supervisor tentang progress sbb nak antar skali gan extension application. Rupa2nya rendah level penulisan bahasa inggerisku...Memang tahu tak reti pun tulis english nie, tapi tak sangka rendah ooo penilaian supervisor...Takper semangat ni nak improve..Harap2 sempatla improve sbb balik Malaysia nanti..insyaAllah...





Akhir kata..



"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin". Harap dapat diampunkan segala2nya.

Semoga kita tergolong dalam golongan kanan...amin

1 comment:

BadRiza said...

Amin, Ya Rabb~

Naja..sedikit je lagi. Insha Allah. You'll make it, I'll make it (adusss, saya pun tgh runsing ni.. hehe)

take care and all the best!!