Monday, November 16, 2009

PhD dan Jalan-jalan...

Assalamualaikum.


Dup dap dup dap..bunyi jantung makin ketara...


Sekarang sudah masuk 6 bulan kedua utk PhDku ini..

Chapters dah siap==0

Journal dah published==0

.............................................

Extension forms dah di belek2..

Rancangan untuk tambah masa makin mendebarkan jantung...
...........................................................................................................

2-3 minggu ini sungguh2 memikirkan tentang thesis dan rancangan masa extension.

Seorang sahabat yang sedang buat PhD di Singapore mencadangkan agar aku buat Table of contents dulu utk thesis tu..Pas tu filling the parts...

Candangan yang bernas!


Tapi hari ini terstop kejap keje thesis sbb kepala dah pening..Aku kena rehat kejap nie...


“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Doa yang tedapat di website Dr MAZA ini sgt mengesankan jiwa..Semoga dipermudahkan urusanku didunia dan diakhirat....amin..


.........................................................................

Okay citer pasal jalan2 pulak..he.he..


W/pun sudah 2 thn lebih disini..byk sungguh tempat belum diexplore...

Strawberry tak terpetik lagi...pantai2 yg indah belum dikunjungi...
Baru2 nie baru sampai ke One Tree Hill..
Nak kata aku tak suka jalan, suka...
emmm....

InsyaAllah, akan rancang jalan2 juga sikit2....

Suami pun dah start keje part time drpd full time.. Jadi, perancangan mesti dibuat dgn rapi...Semangat ini nak jalan..dan buat masa terdekat ni, semoga terlaksana juga hasrat mengunjungi sahabat...

Semoga segala2 yang kulakukan ini mendekatkan diri dgn yang Maha Esa..amin


Najah



Gambar2 di One Tree Hill

























Thursday, October 22, 2009

Expose yourself!

Assalamualaikum.



Expose yourself? This article is actually about Exposure 2009.



Exposure 2009 was an event for exposing the master and PhD students of the University of Auckland to the public. This year, I entered the oral and poster competition..Did I win? No, but I'm still very happy. Why? One of the reasons is: my friend, Kak Fariza, won the second prize in the poster competition...My very warmest congratulations to kak Fariza (ikut ayat HOD)..Yay!!!! I'm proud that one of the Malaysian students be among the top. Malaysia kan boleh..

Other reasons:


1) " How well you value your knowledge (ilmu) that you've got and share that feeling to other people so that they can appreciate the value of the knowledge. As we know all the knowledge are from Allah, The Most Wise"...this is my finest conclusion after entering the competition...


2) Got a good template and knowledge on how to present your idea. And I also got these comments from one of the judges:


"Overall in your session all of us judges noted that the standards were generally high—all the presentations were interesting, well prepared, and well described. The factor that nudged one person ahead slightly was the sense of more of a personality injected into the presentation, coming out from behind the podium and engaging directly with the research. But your panel was close in terms of quality—you probably got that feeling yourself if you heard a few of the others", Dr Susan Carter, SLC.

I think injecting our personality into the presentation is not easy...But if you can do that, your presentation will be more interesting as you're sharing the beautiful of the knowledge from your perspective. I think I should apply this concept to any presentation including when giving lectures in the future.



3) (tukar BM pulak) Seronok bila ramai2 berkumpul masa 'prize giving'..akma, lina, razak, kak fariza dan paling teruja bila Kak fariza menang..lagi tambah ceria suasana..Plus saya sempat la bertegur sapa dgn HOD dgn adanya kak Fariza, kalau saya sorang tak tertegur..Penting kenal HOD nie, utk urusan akan datang..he..he..


Apalagi...expose yourself next year!


wassalam

Gambar-gambar....


Fig. 1: Inilah poster saya...

Fig. 2: Ini poster Lina..tgk betul2..ada gambar Razak dlm tu...


Fig. 3: Can fruit juices be pasturised without heating? Tanyala kak Fariza..he..he..

Fig. 4. Saya dan poster saya...:)


Selingan: doakan kejayaan Phd saya nie...:)


Thursday, October 01, 2009

Merenung diri sendiri..

'It's tonsillitis and it's very painful', said the Doctor...
I do agree how painful it is...
Sakit ini membuatkan aku tak boleh berfikir..badan mengigil, sakit2 otot, pening, demam dan yang paling ketara: sakit tekak yang amat!

Bila sakit nie, aku fikir "kenapa aku sakit ?"
Kadang2 apa2 sakit pun, kita perlu jelas puncanya dan mencari ubat utk menyembuhkannya..

Kalau sakit mcm tonsillitis, bolehla jumpa Dr dan berdoa byk2.
Kalau sakit hati, bagaimana pula caranya?
Hari tu aku tersakit hati..Berhari2 gundah gulana. .Satu hari, aku pandang luar tingkap dan pikir " Kenapa boleh jadi mcm nie, byknya masa terbuang melayani perasaan ini. Bukankah hidup ini untuk mendapat keredhaan Allah. Mendapat belas kasihannya. Jadi, apa kata kalau aku buang rajuk aku jauh2, dan mengambil langkah positif untuk mengatasinya. W/pun egoku tercabar pada mulanya, tapi puas dan bersyukur akhirnya, kerana apa2 yang kita lakukan kerana untuk mencapai keredhaan Allah, insyaAllah, ketenangan yang akan kita kecapi. W/pun mengambil masa berhari2, tapi berbaloi"...
Lain kali aku akan mengelak drpd mewujudkan keadaan yang membuatkan akhirnya aku yang sakit hati..tu la..bila pikir2 balik, memang silap aku pun...he..he.

Jadi, disebabkan tonsillitis dan "sakit hati", seminggu dua nie memang kerja PhD stop kejap. Org minta data, minta plans, aku cakap aku akan bagi time dah baik nanti...Byk nak kena buat la lps baik nanti...emm..Presentation ada 2 dalam October nie, satu exposure, satu lagi kat light metal..Kalaula buat presentation benda sama, senang sikit. Tapi yg exposure, present benda yang dah publish kat conference proceeding. Utk light metal pulak, present teknik terbaru (berdoa sgt2 ini teknik yang terakhir) untuk PhD aku nie... Sajer gatal nak masuk oral presentation pulak untuk exposure thn ni..konon nak prepare awal2, tapi dah sakit, ikut je la mana yang mampu....

Jadi, doakanla....
Doakanla kesihatan kami sekeluarga...
dan juga PhD ku ini....

wassalam..

Saturday, September 26, 2009

Lebaran 2009

Nadhirah.bukan main seronok raya thn nie...Mcm budak dah besar..

Raya pertama: semua ceria!
.............................................................................


Alhamdulillah..


Raya tahun ini disambut dengan meriah dan gembira..


Kesyukuran di atasnya nikmatnya yang tak terhingga...


Kalau tgk kat facebook, rata2 status: extraordinary hari raya this year....raya yang sgt meriah thn ni..


Kami juga turut merasai kemeriahan yang lebih drpd sblmnya..


Adakah kerana amalan yang semakin bertambah dibulan Puasa?


Semoga Allah menerima segala amalan kita..amin...




Kuih raya..iye, ini membuatkan aku hampir2 demam ..he..he..Dah lama tak rasa, pergi pulak rumah yang ada kuih raya, apa lagi mcm ala2 wanita mengidam la pulak...Apsal tak buat sendiri je Naja? kalau mak aku, mesti kata "kalau dah minat, sibuk mcm mana, buat juga"...


Tu la, minat tu kurang sikit sbb nak kena tunggu kat oven lama...he..he...


Alhamdulillah, hari kedua raya, terima parcel dari mami! Thn lps mak bagi, thn nie mami pulak..


Kerepek, bahulu...memang puas la..2 balang abis dah nie..




PhD? dekat2 nak raya, dpt result poster..Pertandingan poster kali nie agak meluas publisitinya kerana ketua jabatan dan ajk poster menyenaraikan nama pemenang kepada semua..Thn lps, takde pulak mcm nie...Rasa seronok thn nie kerana ramai student malaysia yg masuk...Malaysia boleh!




Alhamdulillah, call conference gan org industri berjalan lancar w/pun ada benda yg aku dan diorang tak paham..maklumla org Dutch vs org Melayu bercakap..he..he..Apapun, more data analysis is needed!




Lastnya, terima kasih di atas makanan2 yg sedap di bulan yg syawal ini..w/pun Ikram tak sihat sejak hari kedua raya, dan aku sibuk gan progress report, meeting dan call confrence pada minggu pertama raya, rasa gembira Syawal kali ini tetap diparas yang tinggi :)






wassalam...


















Friday, September 11, 2009

Ramadhan kali ini....

Alhamdulillah..

Hari nie sudah hari ke 22 dan kini dalam 10 malam terakhir...Moga kita dapat mengecapi 'Malam kemuliaan'...

Aku, puasa kali nie lebih mencabar..Sinus datang pada hari pertama puasa...Paling teruk pulak rasanya...Antibiotik habis, barula lega sikit..tapi kini mcm nak dtg balik...Harap2la tak teruk...(tu la byk sgt dosa nie)

Bagi wanita, waktu tidak boleh puasa besar kemungkinan akan dirasai..
Tahun lps aku berdoa, agar waktu itu dilewatkan drpd biasa agar aku boleh beribadah di waktu 10 malam terakhir...Alhamdulillah, waktu itu dtg pada hari terakhir puasa...
Tahun ini pula, aku berdoa agar waktu itu tidak panjang seperti biasa kerana sbb yang sama iaitu untuk beribadah di waktu 10 malam terakhir...Alhamdulillah..syukur sgt2 kerana Allah memang mendengar doa kita....The key point here: berdoala byk2, jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmahnya..tapi yang penting kita tetap berdoa termasukla perkara2 yang tidak dpt kita kawal....

Semoga diri ini sentiasa beringat yang hidup ini untuk menjadi orang2 yang soleh utk beroleh rahmat drpd Allah...amin...


Gambar2 sampingan:



Ramadhan kali ini, mak bertenaga sikit sbb sudah lengkap tempoh penyusuan adik selama 2 thn. Semoga adik terus sihat dan ceria :)




PhD pulak, memang confirm amik extension..Nak kena tanya org nie mcm mana prosedur..Supervisor kata ok, dia kata bagi reason data lambat dpt. Pas tu, nasib baik meeting gan org industri ditangguhkan ke lps raya..sbb masa awal puasa, hampir 2 minggu melayani sakit....Kesimpulannya: Jgn buat keje last minute Naja! Hargaila masa anda tu....

Akhir kata, doakanla saya...:)

Saturday, August 15, 2009

40 tahun lagi ke Alam Tua Bangka (jika pjg umur)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi umurku dan semoga sempat menghayati Ramadhan pada tahun ini.

Tahun ini perasaan agak berbeza. Mengira hari ke tarikh 15 dan berangan awal2 nak buat cheesecake. Mixer yg rosak dah dibeli baru dan bahan2 utk dibuat cheesecake dah beli siap2.

Entah kenapa kali nie perasaaan agak teruja. Mungkin kerana aku akan melewati alam dewasa dlm 5 tahun lagi seperi yang dikategorikan oleh Ibnul Jawzi:

*"Alam yang kita menjalani hidup di dunia.
Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:
1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan"


Ya, lagi 5 tahun lagi ke alam dewasa tetapi mungkin dalam waktu itu aku ditentukan untuk pergi ke :

*"Alam yang ketiga
Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya: “Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

Doaku:

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Semalam, menjadi juga cheesecake. Separuh bawa ke program MAPSA, separuh lagi rezeki utk kakak2 yang sgt sejuk mata memandang yang membawa sekali tiramisu yang lazat...:) Ikram dan Nadhirah seronok sgt..

Alhamdulillah. Semoga tahun ini aku berubah menjadi lebih baik dan menjadi hamba, ibu, isteri dan anak solehah...amin


Gambar2 pengisi blog kali ini:

1: Seronoknya Abg gan Adik main dlm bakul nie ye...:)


2:Simbolik: three slices of cakes == Nombor tiga dlm angka depan umurku skrang


3: Kakak2 yang menyeronokkan Abg dan Adik..



4: Di program MAPSA, adik bersama mak yang bergaya dgn tudung barunya yg sgt disukainya..he.he..



5: Suamiku yg tercinta.....menunggu abg dan adik yg sibuk dgn stroller..



Akhir kata: "Selamat menyambut Ramadhan!"....

















Sunday, July 12, 2009

'Alam PhD'

PhD ni ada alam dia sendiri ke?

Mungkin ada sbb bila register je buat PhD, seolah2 kita berada dlm persekitaran, fokus, gaya kerja dan motivasi yg berbeza dgn yg sebelumnya..


Alam PhD nie pulak berbeza2 utk setiap org..

Tips PhD, how to survive your PhD memang berguna sebagai general guideline tetapi hakikatnya bila sudah berada dlm alam PhD ini, individu tersebut juga akan mencipta satu guideline yg lebih spesifik dgn dirinya....What works for me, what not..


Hari tu , Alhamudulillah berupaya juga pergi doctoral forum "Originality:Spark of new knowledge". w/pun kesihatan sgt2 kritikal. Masa forum tu, badan dah mengigil2 tak tahan. Tapi kuatkan juga sbb nie je la peluang nak pergi...

Yg nak pergi sgt forum nie sbb nak dptkan tips bagaimana nak mengolah thesis supaya originality terpancar!


Antara perbincangan yg saya suka ialah pengalaman 3 org yg dpt best thesis award utk last year.

Sorang tu, results experimen hanya ok slps 2 thn dan dia kata hard to stay motivated.

Dia kata teruskan jer sampai berjaya...bagus tu..


Tapi yg penting : published kat journal.

Sbb kalau dah published, kita mesti dah clearly defined originality tu dan dah bersusah payah mengarang journal. (emmm...mcm mana nie , satu journal pun tak nampak bayang lagi nie....)


Kepala pening belum ilang sepenuhnyer lagi ..bila suami demam, anak2 demam, maknyer demam pulak..haru biru juga jadinyer...

Alhamdulillah..semuanyer beransur2 pulih....kalau tak, risau juga disaat wabak mcm nie...So dah seminggu break kejap ..bila mahu start nie..selera makan dah pulih sikit tapi selera utk sambung keje balik belum mahu datang lagi laa...:(

--> Gambar adik ketika ada selera makan....


Friday, June 12, 2009

An evolving timeline

'Masa itu Emas'...


Before I get married, I used to think how my life will be with kids and husband..

And just now, after watching voice of Islam (my favourite program since this is one of the programs that make me feel like watching a TV in Malaysia), I began to think how my life will be in Heaven....I try to put myself in that situation.

Which level of Heaven that I will be but the most important question is am I eligible enough to enter the paradise?
We always prepare ourself to something that we know will happen..

We try to rehearse our presetation as many as we can for an upcoming seminar...
Before winter, we prepare some suitable clothes for our kids...

But for our life after death, have I make a proper preparation for that?

Selesakah aku nanti di kubur kelak?

Persolan yg perlu aku sentiasa ingat....
---------------------------------------------

How about my PhD life..Someone said that this PhD life is like a cycle..one day you might be on the top..but another day you might be on the bottom...but usually the cycle tend to be at the bottom than at the top..

For me, there is no shortcut to get the PhD degree..but my motivation seem to become less with this long journey.. I wish to get back my motivation while I was pregnant..

Although we might be short in physical ability during pregnancy but yet we might get a very strong desire and emotional ability to get through all the difficulties. InsyaAllah...


Lastly, doakanla kejayaan untukku for my phd life and also the real life........

--> Gambar anak2 penenang jiwa tapi kerap kali menguji kesabaran..he..he...


--> Adik tgk tv gan 'kawan'...

--> Ikram suka sgt buat aksi sendiri masa amik gambar..



--> Senyum sikit dik..



--> Adik yg cuba senyum lps nangis berebutkan train abg dia...
:)


Thursday, March 19, 2009

aduh...aku terkena lagi...

Ingat Allah byk2....
Sabar...
Berubah ke arah kebaikan...
Berjuang menjadi muslimah cemerlang...
Yakin boleh....

Aku tak boleh jadi org lain ..tapi aku perlu berubah utk mendpt keredhaan Allah..

Friday, March 06, 2009

PhDku dan Anak-Anakku

Tik tok tik tok…emmm the time run very fast..
I’m now entering my third year of my PhD in a couple of months..
How your progress?
A bit late of my scheduled tasks plus much more additional tasks must be carried on..
This new semester of 2009, I will be a marker for two subjects. I’m not an expert for these subjects so it’s not easy for me.
My group in the science building wants to build a commercial software. I will part of it..More meeting to attend and more data analysis and testing should be done. But all of these tasks are ok with me as my participation in the project might help to enhance the quality of my research. And also it will give me valuable experience in software development.
Papers?
I’ve been struggling to finish the writing of two papers. One for a IEEE conference in NZ and one is for a journal. The paper for the IEEE conference is almost finish but the journal paper, need a lot of changes..
I have two bad experiences about journal submission during my master. My papers were rejected with ‘unpleasant comments’….So for this one, which is for my PhD, I’ve to make sure that the paper is up to the standard of the journal..


How about my family?
‘Mencabar”..the only word that can describe my situation now..
I do respect with Phd students who have many little children and gain success in their PhD. They remained calm, strong and yet more productive. They even can write s few journal articles…
Bagaimana dgn anak-anaku
Anakku Ikram,
A big boy now..
Sometimes he said “it’s not funny Ikram”..He repeated what his teachers had said to him. I know why the teachers said like that. It is because Ikram were doing something that he thinks funny but actually annoying other people. This situation usually happens when Ikram is sleepy or tired. He will be a bit lost of control…The solution: put him on a bed..
Anakku Nadhirah…
Adek like to explore. She even climbs tables to get what she wants like pencils and camera. If she plays with Ikram, the situation in the house will be similar to a childhood center. The generated noise is like comes from many children…

Kedua2 anakku suka makan kek..
Baru2 nie cuba resipi blueberry muffin..
Suka rasanya sampaikan bila nampak ada lagi muffin kat bekal Ikram masa amik dia, rasa suka sgt..Sbb tak puas makan lagi..
Kali kedua buat, kurang sikit rasa sbb terkurang gula…sbb ganti brown sugar dgn white sugar (white sugar abis pulak).jadi terkurang manis …pas tu terlupa letak cinnamon dan terlebih tepung kat crumble muffin tuh…..takper lain kali mesti cuba lagi sbb nak rasa mcm yg first time buat…

Kesimpulannya, buat Phd + membesarkan anak2 = teruji kesabaran + kesuntukan masa





Dah ada Phd + Anak2 yg cemerlang = kepuasan + kesyukuran

Gambar muffin yg sedap tapi teritam sikit..

Adik kat Cornwall park





Adik tgk2 luar gan abg Ikram




Di tingkap ini tempat yg disukai Ikram dan Adik




Sbb kat tingkap nie nampak laut dan Sky city:







Syukur di atas segala nikmatNya..








Tuesday, February 03, 2009

Motivasi pagi

Kalau dah demam, memangla tak bersemangat nak buat keje...
Tapi kalau tak demam pun, semangat pun kurang jugak..
Jadi hari ni, w/pun demam mcm dah kurang tapi pening2 kepala tuh ada, saya still nak mencari semangat yang hilang...Tapi hari nie still dok rumah so kalau pening senang nak tido..
Lagipun kerja byk yg nak kena buat..writing, data analysis, presentation...
Kalau boleh nak sikit2 lama2 jadi bukit..tak nakla dah sampai waktu, baru nak prepare...tension nanti...
Mcm presentation, hari Isnin nie supervisor nak buat dry run..tak prepare lagi tuh..
Minggu dpn memang busy. Isnin, Selasa dan Rabu ada meeting. Maklumla skrang nie saya dah masuk 2 group. satu contol group kat light metal dan satu lagi control group under supervisor. So bila dua2 buat meeting, kenala join...
So sekarang nie nak naikan semangat dgn motivasi...

Motivasi diri bermula dgn diri sendiri...cuma nak kena cari ilmu bagaimana motivasi itu lebih berjaya..salah satu artikel yg saya jumpa dr satu website..Bagus utk saya yg pagi2 baca news dan mengantuk sokmo....


7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
May 19, 2008 By Shukri Abdullah



Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!
diambil drpd:
http://www.imotivasi.com/7-perkara-yang-membuat-anda-bermotivasi-di-waktu-pagi/#comment-4531

Oh ya, hari ni besday suami tercinta...dah masuk 30 dah dia....dan dah 5 tahun kami bergelar suami isteri...
Alhamdulillah, semoga dia dikurniakan iman yang teguh dan menjadi suami, ayah dan anak yang soleh. Doakanla isterimu berjaya dlm misi PhDnya nie..:)

Akhir kata,
Kita dikurniakan Akal oleh Allah utk berfikir dan bertindak..Jadi gunakanla sebaik2nya..
Dan saya pernah terbaca seorang prof yg masuk Islam..Awalnya, apabila dia membaca Al-quran, timbul pelbagai persoalan..kemudian dia terus membaca dan mendapat jawapanya. Dia berasa sgt kagum bagaimana 'pengarang' Al-quran ini tahu apa yg dipikirkannya ketika itu..
Hayatilah ayat ini:
Tafsiran surah Hud:ayat 14:
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? (14)


-----
Saya pula suatu ketika berpikir selepas sembahyang tentang keadaan diri..Terpikir bagaimana org lain berusaha membantu rakyat Gaza...Terpikir bagaimana iman mereka yg membantu ini...Terpikir bagaimana pula iman aku....terpikir bagaimana cara terbaik meningkatkan imanku skrang...Allah maha besar...Persoalan yg timbul ini aku temuinya jawapannya tidak lama selepas itu apabila membaca Al-Quran pada ayat ini :
Surah Al-Isra ayat 78-79
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (78) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79)
---
Ayat ini mengingatkan aku yang lupa. Sama2 la kita menempatkan diri kita ditempat yg terpuji dgn solat tahajud. Ada juga terbaca suatu artikel nie dimana apabila dikaji org yg solat tahajud selama 3 bulan, imunisasi badanya bertambah (sorry, rujukannya saya tak tahu).
----
Sekarang saya nak cuba tido awal, supaya boleh bgn pagi..Tapi biasala kalau dah beranak kecik nie, tido yg lena itu hanya dlm mimpi jek...he..he..Kalau dah mengantuk sgt pagi tu, kadang2 cuba juga utk mandi dulu..Sbb kalau mandi sblm Subuh sebenarnya tak sejuk-->Tips ini saya dpt drpd seorang kawan (dia ada asma). Saya dah cuba tapi sekali dua jek..memang betul tak terasa sejuk sampai mengigil tuh...Di sini atau di Malaysia..Kalau mandi pun tak sejuk, apalagi amik wuduk..Tapi diri ini sering jek lupa.....

Semoga diri ini akan lebih beringat...amin....

Sunday, January 18, 2009

Dilema bermain futsal...

Soalan saya kepada seorang blogger yg juga seorang Dr:

(http://www.blogdokter.net/2007/09/04/15-langkah-menurunkan-berat-badan/comment-page-2/)

Hi,
Terima kasih atas informasi yg sgt bagus…
:grin:
Saya juga sedang berusaha menjaga kesihatan dan salah satu cara yg saya buat sekarang ialah bermain futsal dengan teman-teman.
Namun saya runsing sbb saya sudah mempunyai dua orang anak dan saya takut jika saya menendang bola dengan kuat ketika bermain futsal akan menganggu peranakan (kedudukan rahim) saya..
Adakah benar yg wanita yg pernah melahirkan anak tidak sesuai bermain aktiviti lasak seperti ini?

Jawapan Dr berkenaan:

@Ifar : Tidak apa apa, asal disesuaikan dengan kemampuan. Saat menendang bola, otot perut ikut konstraksi dan diharapkan otot perut menjadi lebih kuat. Btw, saya juga sedang asyik bermain futsal.

Tambahan maklumat drpd website lain:

http://www.bcsoccer.net/bcsa/PLAYERS/SoccerScience/tabid/114/articleType/ArticleView/articleId/57/Core-ABS.aspx

If you watch a player effortlessly strike a ball and it takes off like a rocket it is presumed the strength of his leg has produced this. In fact he has created this power from the core (abdominal, back muscles, pelvic floor and diaphragm) and pelvic region.


What is the pelvic floor?

http://www.everybody.co.nz/page-5379ba51-d42c-4c2f-b8c9-6af7cbde7e25.aspx

The pelvic floor is the layer of muscle that stretches from your pubic bone in the front to your tail bone at the back, forming the floor of the pelvis. It is the main support structure for the pelvic organs (bladder, uterus, bowel).


Kesimpulan yg saya buat:

Jadi, pada pendapat sayala, jika kita bermain bola, otot disekitar perut dan pelvic mungkin menjadi kuat. Oleh itu, semakin kuatla sokongan terhadap organ2 yang berada dikawasan pelvic termasukla uterus (rahim/peranakan). Saya rasa ini berbeza dgn mengangkat benda berat secara berterusan kerana kita meletakkan beban yg tidak sesuai kepada otot pelvic dan menjadikan ia lemah. Namun, dlm futsal, bola yg disepak merupakan: It is an integrative centre that produces and controls forces and coordinates movement of the upper and lower body (sumber: link bcsoccer). Jadi kita menyepak bola mengikut kekuatan otot kita..Jadi semakin lama bermain, semakin kuat otot kita disebabkan 'konstraksi' pada otot tersebut....Jadi semakin kuatla sokongan pada uterus...

Jadi boleh terus main futsal la kut...eemmm....

Teman2 se'futsal'...