Saturday, August 15, 2009

40 tahun lagi ke Alam Tua Bangka (jika pjg umur)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi umurku dan semoga sempat menghayati Ramadhan pada tahun ini.

Tahun ini perasaan agak berbeza. Mengira hari ke tarikh 15 dan berangan awal2 nak buat cheesecake. Mixer yg rosak dah dibeli baru dan bahan2 utk dibuat cheesecake dah beli siap2.

Entah kenapa kali nie perasaaan agak teruja. Mungkin kerana aku akan melewati alam dewasa dlm 5 tahun lagi seperi yang dikategorikan oleh Ibnul Jawzi:

*"Alam yang kita menjalani hidup di dunia.
Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:
1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan"


Ya, lagi 5 tahun lagi ke alam dewasa tetapi mungkin dalam waktu itu aku ditentukan untuk pergi ke :

*"Alam yang ketiga
Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya: “Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

Doaku:

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Semalam, menjadi juga cheesecake. Separuh bawa ke program MAPSA, separuh lagi rezeki utk kakak2 yang sgt sejuk mata memandang yang membawa sekali tiramisu yang lazat...:) Ikram dan Nadhirah seronok sgt..

Alhamdulillah. Semoga tahun ini aku berubah menjadi lebih baik dan menjadi hamba, ibu, isteri dan anak solehah...amin


Gambar2 pengisi blog kali ini:

1: Seronoknya Abg gan Adik main dlm bakul nie ye...:)


2:Simbolik: three slices of cakes == Nombor tiga dlm angka depan umurku skrang


3: Kakak2 yang menyeronokkan Abg dan Adik..



4: Di program MAPSA, adik bersama mak yang bergaya dgn tudung barunya yg sgt disukainya..he.he..



5: Suamiku yg tercinta.....menunggu abg dan adik yg sibuk dgn stroller..



Akhir kata: "Selamat menyambut Ramadhan!"....