Friday, June 30, 2006

Graduation Day

Mama, Ayah and Ikram (inside my womb) at UKM during my graduation day on the 2/10/2004. Ikram was 39 weeks.


Behind from left: My husband, My father, my brother
Infront from left: Me and My mother



Date:2/10/2004. 8 days before ikram was born, I was at UKM attending my graduation day. Ikram expected to be born around 12 October 2004. While waiting outside Dectar, one of my friends said that she have delivered her baby 2 weeks before due date. I felt quite nervous. What will happen if the time to Ikram to be born has come. I cannot imagine if suddenly I feel contraction or other sign of labour like blood or air ketuban. I know it takes a long period before labour. I have to get through some phases but each woman will have different experience.Then...

--> to be continued :)

Thursday, June 29, 2006

Ikram...my beloved son


His pillows with covers were made by my mother. The pillows are very comfortable with "kekabu" inside. I love u MUM

I really miss this moment. His smile was very ......We were at my parent's house in Pontian, Johor

Ikram was at our house at Taman Tenaga Kajang. The hands is my husband's hand.





I really like this picture. I dont know why.....

Beside Ikram was "Froggie". It was given by my husband's sister. The frog was really nice. Thanks Farisha..


Ikram was born on the 10th October 2004-->10.10.2004
Now he is 20 months old.
When he sees cat or bird he will said "eoooow..."
When he sees car he will said " oo oooo ooo"
When he sees water he will said "Ayer"
and many more.....
-->I hope he will start talking soon....:)

Tuesday, June 27, 2006

Ikram's pictures




ikram now is 20 months old...


My Experience During Pregnancy


When I was a full time housewife, I was very excited to send anything to magazines or newspapers as long as I will get a prize. Then, one day a reporter from Pa and Ma had called me and ask for futher details about an article which I have sent to them.

The original article that I wrote was:

Anakku Dah Ada Master

Aku menikah dengan suamiku pada 21.12.2003 dan disahkan hamil 3 minggu selepas itu. Nasib baik aku tidak mengalami alahan yang teruk. Kalau tidak tentunya sukar kerana aku masih bergelar pelajar ketika itu. Apabila kandunganku masuk 31 minggu, aku mengalami sedikit pendarahan. Aku mula panik dan menangis. Takut perkara buruk berlaku kepada kandunganku. Suamiku membawaku ke klinik. Doktor mengesahkan aku mengalami placenta praevia (uri bawah) dan aku dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut. Sedihnya hati hanya tuhan saja yang tahu. Aku tidak pernah duduk di wad sebelum ini.

Esoknya aku diperiksa oleh doktor pakar bagi mengetahui kedudukan sebenar uriku. Aku diberitahu ianya adalah placenta praevia type II anterior. Aku mungkin boleh melahirkan anakku secara normal tapi jika berisiko tinggi aku mungkin bersalin melalui proses pembedahan caesarean. Namun yang paling menyedihkan aku terpaksa duduk di wad tersebut sehingga bersalin kerana jika berlaku pendarahan, langkah kecemasan boleh segera diambil bagi menyelamatkan kandunganku.

Tinggal di wad sebenarnya menjadikan aku semakin tabah, semakin maju dan semakin sihat. Ini kerana aku perlu tabah menghadapi suasana panas di wad, serangan nyamuk pada waktu malam dan berjauhan dengan suami. Untuk menguatkan rohani aku membaca Al-Quran setiap kali selepas solat, membaca yassin dan solat hajat. Alhamdulillah aku berjaya khatam Al-Quran sehari sebelum bersalin.

Aku sememangnya agak lemah dalam bahasa Inggeris. Tinggal di wad menjadikan aku semakin maju dalam bahasa ini. Ini adalah kerana sepanjang duduk di wad aku telah menghabiskan 5 novel karangan Sydney Shieldon, membaca suratkhabar bahasa Inggeris setiap hari, mencari perkataan yang tidak ku fahami daripada kamus dan menghabiskan latihan bagi kursus bahasa Inggeris yang kuambil sebelum ini. Ramai pesakit dan juru rawat pelik melihatku dan mereka meneka aku masih belajar lagi. Sebenarnya aku telah menyiapkan kajianku (tesis) dan hanya menunggu dianugerahkan ijazah pada majlis konvokesyen. Aku mula mengira-gira sama ada aku sempat atau tidak untuk menghadiri majlis konvokesyenku pada 2.10.2004. Aku dijangka bersalin pada 12.10.2004 dan jika uriku masih dibawah, mungkin aku akan dibedah dan bersalin sebelum due date yang sebenar. Aku hanya mampu berdoa supaya uriku naik hingga jenis yang pertama di mana aku dibolehkan keluar wad, menghadiri majlis konvokesyen dan bersalin normal.

Aku juga semakin sihat duduk di wad kerana pihak hospital menyediakan diet makanan yang baik. Di tambah pula dengan buah-buahan, air soya dan biskut yang dibawa keluarga dan rakan yang melawat.. Setiap kali selepas solat, badanku berjujuran peluh kerana ruang solat yang disediakan di dalam wad agak panas, tapi aku anggap ia seperti sauna. Keluar peluh bagi menyihatkan badan. Jika ada peluang aku akan mencari ruang solat lebih selesa iaitu surau di luar wad. Seronok ketika berjalan ke surau tersebut, kerana aku dapat singgah membeli jambu dan dadih yang dijual dikawasan hospital. Aku anggap berjalan sebagai senaman bagi mengawal berat badanku

Namun apa yang paling berharga ialah aku mendapat pelbagai petua dan pengalaman bagi menghadapi saat sebelum, semasa dan selepas bersalin. Aku telah mendengar hampir 5 kali ceramah penyusuan ibu di wad. Seorang ibu yang melawat anaknya di wad memesan supaya membaca surah al-anbiyak ayat 87 supaya senang bersalin. Aku turut mempratikkan penafasan ketika kontraksi setiap kali melihat pesakit di sebelah katil mengalami kontraksi
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya uriku naik ke tahap pertama pada minggu ke 36 kehamilan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibuku yang banyak membantu dengan ikthiar dan doanya. Begitu juga kepada suami tercinta di atas kasih sayangnya yang luhur. Aku sempat menghadiri majlis konvokesyen dengan perut memboyot. Rakanku berkata “Anak kau untung betul la, belum lahir lagi dah dapat master”. Bila anakku dan besar nanti, aku akan tunjukkan gambar konvokesyen dan beritahu yang dia ada bersamaku ketika aku di atas pentas.

Aku pulang ke kampung iaitu di Johor untuk bersalin di sana. Pada hari yang sepatutnya suamiku pulang ke KL untuk bekerja, aku mula terasa sakit sebelum Subuh. Darah pekat sudah mula keluar sedikit. Ibuku mula panik dan menyuruhku cepat bersiap. Namun aku relak sahaja kerana tidak mahu pergi awal ke hospital. Ibuku tetap bergegas supaya aku cepat. Suamiku tidak jadi balik dan menghantarku ke hospital. Sepanjang perjalanan aku mengalami kontraksi yang semakin kuat. 2 kontraksi dalam masa 5 minit. Aku takut kalau terbersalin di dalam kereta.

Ketika sampai di hospital pada 10.30 pagi, bukaanku sudah 8 cm. Aku terus disorong ke bilik bersalin. Manakala keluargaku pergi ke kafe untuk bersarapan. Di bilik bersalin aku mula mengatur pernafasan agar kesakitan ini dapat aku harungi dengan baik. Aku tidak lepas membaca surah al-anbiyak ayat 87. Tepat jam 11.08 pagi 10.10.2004 dengan 3 kali teran, lahirlah anakku Muhammad Ikram bin Mohammed Reza seberat 3.21 kg. Namun aku mengalami pendarahan yang banyak dan terpaksa duduk di bilik bersalin agak lama. Pada 12.30 tengahari suamiku meminta juru rawat menghantar air selusuh kepadaku. Juru rawat memberitahu suamiku yang aku telah selamat bersalin. Ibu, ayah dan suamiku sangat terkejut kerana pada sangkaan mereka aku pastinya belum bersalin. Maklumlah anak sulung. Pada pukul 2.00 petang aku dijahit lagi kerana darah masih keluar dengan banyak. Pada ketika itu rasa sakit amat dirasai kerana kesan bius sudah mulai hilang. Aku siap memegang tangan juru rawat bagi menahan sakit. Setelah keadaanku stabil, aku akhirnya disorong keluar dari bilik bersalin.Setelah melahirkan anak, aku tidak berniat mencari kerja buat masa terdekat ini. Aku berhasrat membesarkan anakku sendiri Aku juga memberikan Ikram susu badan secara ekslusif. Terima kasih kepada ceramah penyususan ibu ketika di wad Semoga Ikram menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, cerdik dan cerdas. Amin


--> this was an original article, but in Febuary Edition of PA & Ma they have cut half of the story. (I got rm 100 for this story). May be this story must be too long for the available space.

The reporter that have come to see me actually want to know my experience during convo. But at that time, i didnt know what to say so that my full story for about 2 pages in that magazine didn't come out. But now I've got an idea how to express my feeling during that time. I will write it soon in this blog with my convo's picture.

--> I'm not a full time housewife anymore. I'm working now. I hope I will get a PhD child after this. :)

ikram

ikram