Kalau dah demam, memangla tak bersemangat nak buat keje...
Tapi kalau tak demam pun, semangat pun kurang jugak..
Jadi hari ni, w/pun demam mcm dah kurang tapi pening2 kepala tuh ada, saya still nak mencari semangat yang hilang...Tapi hari nie still dok rumah so kalau pening senang nak tido..
Lagipun kerja byk yg nak kena buat..writing, data analysis, presentation...
Kalau boleh nak sikit2 lama2 jadi bukit..tak nakla dah sampai waktu, baru nak prepare...tension nanti...
Mcm presentation, hari Isnin nie supervisor nak buat dry run..tak prepare lagi tuh..
Minggu dpn memang busy. Isnin, Selasa dan Rabu ada meeting. Maklumla skrang nie saya dah masuk 2 group. satu contol group kat light metal dan satu lagi control group under supervisor. So bila dua2 buat meeting, kenala join...
So sekarang nie nak naikan semangat dgn motivasi...
Motivasi diri bermula dgn diri sendiri...cuma nak kena cari ilmu bagaimana motivasi itu lebih berjaya..salah satu artikel yg saya jumpa dr satu website..Bagus utk saya yg pagi2 baca news dan mengantuk sokmo....
7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
May 19, 2008 By Shukri Abdullah
Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!
diambil drpd:
http://www.imotivasi.com/7-perkara-yang-membuat-anda-bermotivasi-di-waktu-pagi/#comment-4531
Oh ya, hari ni besday suami tercinta...dah masuk 30 dah dia....dan dah 5 tahun kami bergelar suami isteri...
Alhamdulillah, semoga dia dikurniakan iman yang teguh dan menjadi suami, ayah dan anak yang soleh. Doakanla isterimu berjaya dlm misi PhDnya nie..:)
Akhir kata,
Kita dikurniakan Akal oleh Allah utk berfikir dan bertindak..Jadi gunakanla sebaik2nya..
Dan saya pernah terbaca seorang prof yg masuk Islam..Awalnya, apabila dia membaca Al-quran, timbul pelbagai persoalan..kemudian dia terus membaca dan mendapat jawapanya. Dia berasa sgt kagum bagaimana 'pengarang' Al-quran ini tahu apa yg dipikirkannya ketika itu..
Hayatilah ayat ini:
Tafsiran surah Hud:ayat 14:
Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya? (14)
-----
Saya pula suatu ketika berpikir selepas sembahyang tentang keadaan diri..Terpikir bagaimana org lain berusaha membantu rakyat Gaza...Terpikir bagaimana iman mereka yg membantu ini...Terpikir bagaimana pula iman aku....terpikir bagaimana cara terbaik meningkatkan imanku skrang...Allah maha besar...Persoalan yg timbul ini aku temuinya jawapannya tidak lama selepas itu apabila membaca Al-Quran pada ayat ini :
Surah Al-Isra ayat 78-79
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (78) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79)
---
Ayat ini mengingatkan aku yang lupa. Sama2 la kita menempatkan diri kita ditempat yg terpuji dgn solat tahajud. Ada juga terbaca suatu artikel nie dimana apabila dikaji org yg solat tahajud selama 3 bulan, imunisasi badanya bertambah (sorry, rujukannya saya tak tahu).
----
Sekarang saya nak cuba tido awal, supaya boleh bgn pagi..Tapi biasala kalau dah beranak kecik nie, tido yg lena itu hanya dlm mimpi jek...he..he..Kalau dah mengantuk sgt pagi tu, kadang2 cuba juga utk mandi dulu..Sbb kalau mandi sblm Subuh sebenarnya tak sejuk-->Tips ini saya dpt drpd seorang kawan (dia ada asma). Saya dah cuba tapi sekali dua jek..memang betul tak terasa sejuk sampai mengigil tuh...Di sini atau di Malaysia..Kalau mandi pun tak sejuk, apalagi amik wuduk..Tapi diri ini sering jek lupa.....
Semoga diri ini akan lebih beringat...amin....
3 comments:
salam kak naja..
nak minta tolong dan tanya sikit...
tgh plan nak gi auckland bln 3 ni (kalau jadi). kebetulan syahrizal ada flight ke sana..
tapi dalam 3 hari je.. ingat ke lepas tu, saya stay sana kejap dan tunggu rizal datang balik.
kalau tak duduk hotel, boleh ke nak sewa apt dalam seminggu atau dalam beberapa hari? nak duduk hotel mahal sgt. dan akak ada cadangan tpt nak gi mana2?thanks..
salam..
thanks..
yg berita harian tu ada juga baca.. saje tanya lagi.. hehe..
kalau jd pergi 14-17 mac..
tapi ada beberapa pilihan lain lagi sbb lepas flight auckland tu rizal cuti tahunan 20 hari.. so, salah satu plan ke auckland.. kalau tak jd, ke tpt lain dulu..
sbb saya rasa best gi south island sekali alang2 tu.. dgr ramai yg kata cantik sgt tpt tu.
lagipun tgh nak settlekan urusan rumah.. tu yg mcm2 nak kena pk balik. saje ambil info awal..
apapun thanks utk info.
kak naza ada berapa thn lagi kat sana?
take care..
Post a Comment