Saturday, September 27, 2008

Ucapan selamat..

One day in Ramadhan:
*: "Salam..Taqabbalahhu minna wa minkum"...
#: Blur kejap..
*: "Oh in Iraq, when we meet each other in Ramadhan we said Taqabbalahhu minna wa minkum. It means : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu (tapi dia sebut dlm english la)...
#: "ooooo"....
Then today I read this from http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=612&Itemid=72 dan antara isinya:
---------------------------------------------------------------
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
-----------------------------------------------------------------
Oooo baru tahu..Sblm nie tak tahu...byk lagi nak kena belajar nie..

Syawal..
Kini
Kehadiran Syawal semakin dirasai..
Namun kehadirannya bermakna perginya Ramadhan..
Adakah aku bergembira menyambut Syawal tahun ini?
Ya, aku pasti gembira kerana berpeluang merasai bulan Ramadhan sblmnya..
Tahap kegembiraan ku pasti lagi tinggi
jika pengabdianku dan amalanku padaNya meningkat di bulan Ramadhan
jika visi dan rutin hidupku berubah ke arah penghayatan Islam yang optimum..
Ya, apakah tahap kegembiraan ku pada Syawal kali ni..?
Apa yg pasti aku pasti merindukan Ramadhan..
dan mengharapkan kegembiraan yang berganda pada Syawal akan datang..sebagai tanda aku telah membenarkan pernyataan jika di atas..
Ya Allah ampunilah dosaku..
Ya Allah terimalah amalanku dibulan Ramadhan yang mulia ini....

Najah
28/9/2008

No comments: